Isnin, 24 November 2008

HIDUP UMPAMA RODA

Hidup ini umpama roda ada kadangkala kita berada di atas dan kadangkala kita berada dibawah...Begitulah dengan kehidupan kita seharian tidak selalunya hari-hari yang kita lalui penuh dengan kegembiraan ada kalanya kita akan menangis, kecewa dan sedih...Sekiranya kita berada di bawah, jangan sekali-kali kita berputus asa...Kesusahan dan keperitan yang kita hadapi bukanlah untuk selamanya sekiranya kita sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dan kehidupan kita... Jika kita di atas pula, janganlah sekali-kali kita berasa bongkak dan bangga diri sehingga kita lupa untuk mensyukuri nikmat dan kesenangan yang kita rasai...Janganlah kita pandang hina pada mereka yang memerlukan bantuan... Rezeki di tangan Tuhan...Allah mampu menjadikan yang miskin dan papa itu kaya dan juga sebaliknya...Jika masalah datang, janganlah merintih seolah-oleh tiada langsung jalan penyelesaian...Jangan kita fikir masalah yang kita hadapi itu amat besar kerana di luar sana, ada yang terpaksa berhadapan dengan muncung senapang setiap hari, mak ayah, adik beradik mati kerana letupan bom...Apalah sangat masalah hidup kita dibandingkan dengan keperitan yang mereka hadapi?
So, stop whining. And stop thinking that you are in such a miserable state of life. Start being thankful and start to appreciate what you have!

Jumaat, 7 November 2008

RAHSIA BULAN KELAHIRAN NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk di mengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk di rumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.

Isnin, 3 November 2008

Persahabatan Yang Sejati

Janganlah kita memandang rendah erti persahabatan,
kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat.
Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai.
Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya.
Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir-pasir di pantai tetapi
teman yang satu adalah mutiara di antara pasir-pasir itu.
Teman ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan.
Tapi sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus.
Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.
Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.
Persahabatan yang begitu erat punya pengertian yang dalam bagi kita yang menghargainya.
Tidaklah kita dapat mengenal orang lain melainkan dengan 3 waktu.
Tidak dapat diketahui adakah seorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah.
Tidak dapat dikenal seorang itu berani melainkan pada waktu berjuang.
Tidak dapat dikenal sahabat melainkan waktu kesusahan.
Dua sahabat yang sejati akan selari dalam apa jua bidang yang diceburi,
dan saling memahami antara mereka.
Terlalu sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran,
lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata.
Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian.
Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran.
Dialah hiasan dikala kamu senang dan perisai diwaktu kamu susah.
Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu
dan akan menyanyikan kembali dikala kau lupa bait-baitnya.
Sababat adalah anugerah Tuhan untuk menjaga kita.
Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan,
tapi jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain
tetapi menyesallah jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu.
Kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman,
jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahan
kerana semua manusia itu baik kalau kamu dapat melihat kebaikannya
dan menyenangkan kalau kamu dapat melihat keunikannya. tetapi semua manusia itu akan
buruk dan membosankan kalau kamu tidak dapat melihat keduanya.

Cara kekalkan kasih suami

Hakikatnya, tugas isteri zaman moden bukanlah mudah kerana kebanyakan mereka bekerja. Di samping tugas di pejabat, wanita juga mempunyai tanggungjawab kepada keluarga iaitu anak dan suami.

Tanggungjawab mungkin boleh diserahkan kepada pembantu rumah jika anda terlalu sibuk tetapi bagaimana dengan suami?
Bukan sedikit cerita suami mengadakan hubungan sulit dengan pembantu rumah gara-gara kelalaian isteri tidak melayan suami dengan baik.

Justeru, bagi mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga, di sini diberi 15 panduan lagi bagaimana isteri boleh memikat hati suami.

* Jika marah, tunggu sehingga sejuk. Bila sudah sejuk, beritahulah suami apa yang
menganggu fikiran secara sopan. Jangan salahkan suami.

* Apabila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya. Jika boleh, hentikan apa sahaja tugas
yang sedang dilakukan.

* Bila memesan barang kepada suami ke kedai, senaraikan di atas kertas. Jangan biarkan
suami ke kedai dua kali.

* Tanya suami bila dia mahu berehat atau tidur.

* Peluk suami dengan kasih sayang sebanyak tujuh kali sehari.

* Telefon suami di tempat kerja jika perkara itu penting. Telefon dengan kerap jika suami
suka.

* Jika suami perlu menjauhkan diri sekali sekala, tanya bila dia akan pulang.

* Jangan ganggu suami jika asyik melakukan sesuatu.

* Apabila suami marah, jangan menjawab. Tunduk dan diam walaupun kita tidak salah.
Terangkan keadaan sebenar apabila suami sudah tenang.

* Apabila meminta bantuan suami, terangkan kepada suami kerja rumah yang memerlukan
bantuannya, pilih kerja yang suami suka dan jangan suka mengarah. Gunakan perkataan
yang sesuai dan lemah lembut.

* Pesan kepada suami supaya menelefon ke rumah jika dia bertugas di luar. Jangan pula
melenting jika dia terlupa berbuat demikian, beritahu dia yang anda cuma risau.

* Sentiasa kemas, anggun dan menggunakan wangian sebelum tidur bersama.

* Sokong pendapat suami walaupun kadangkala pendapatnya berbeza dengan orang lain.

* Bila keluar berkereta, jangan ganggu suami yang memandu. Jangan menunjuk-nunjuk jalan
selagi suami tidak meminta berbuat demikian. Jangan berleter apabila suami tersalah jalan,
bersangka baik apabila tersesat jalan.

* Peluk dan belai suami sekali sekala tanpa impian seksual.

Cetusan Buat Suami Dan Bakal Menjadi Suami

Pernikahan ataupun perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah …….

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah,
Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman,
Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan,
Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid,
Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok,
berhatilah meluruskannya…

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh…..

~Author Unknown~


Ahad, 2 November 2008

Harga Rokok Naik Lagi...

Untuk pengetahuan kepada kawan-kawan yang suka merokok harga rokok naik lagi bah... Memang sepatutnya pun harga rokok tu naik supaya ramai yang akan sedar betapa sayangnya duit kawan-kawan hanya untuk membeli rokok... Jadi kepada perokok-perokok tu sedarkan diri sikit dan betapa bahayanya merokok lebih-lebih lagi apabila orang yang tak hisap rokok menjadi mangsa... Menurut Kajian dan perangkaan pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB), seramai 4.9 juta manusia mati setiap tahun kerana tabiat merokok dengan 500,000 darinya adalah di asia dan dalam 10,000 di Malaysia kerana rokok... Kawan-kawan tau tak menurut kajian juga mendapati setiap sebatang rokok yang di hisap boleh mengurangkan hayat perokok sebanyak 3 minit, kebiasaan orang merokok hanya ingin mendapat perhatian dan dia berasa dirinya hebat padahal disebalik itu pelbagai panyakit menimpa diri mereka... Jadi kepada perokok-perokok tu ingat lah orang-orang yang tersayang... Jangan pula kerana asap rokok orang lain yang akan mendapat musibahnya... kwang...kwang...

Sabtu, 1 November 2008

Gambar Kenangan Di Bumi Kenyalang

Ini la gambar empat orang gadis dari labuan... Waktu ni kami kursus kat Hotel Holiday Inn, Kuching...Kalau nak tau gadis empat orang ni tak pandai berpisah kemana aja pegi mesti semua sekali ikut... biasa la lagi pun saya waktu ni baru "first time" menjejak kaki di sana... Kawan-kawan nak tau waktu ambil gambar ni kami baru nak pi serikin naik bas nak tengok tamu kat sepadan sana... Best tau kalau kawan-kawan nak pi sana bawa la duit tu banyak-banyak sikit nanti menyesal pula tak beli barang-barang kat sana...he...he... Kawan-kawan nak tau saya yang mana satu kalau nak tau saya la yang pakai baju merah dan tudung merah dari kiri, yang tak pakai tudung tu Liza anak pakcik chong baru mendirikan rumah tangga beberapa bulan lepas. Gadis ke 3 dari kiri tu namanya Norimah dia pun udah berkawin dan yang last sekali tu Salmilah panggilan manjanya ila tapi saya panggil dia mil... he...he... Dia ni belum kawin lagi masih bujang dan masih mencari putera impian yang menjadi idolanya... Tapi rasanya dah jumpa kot... kat Kuala Penyu...he...he...

SAYA BUDAK BARU BELAJAR

Dalam blog baru saya ni, saya tak tau camana nak mulakan bab saya tak la pandai sangat... Saya baru aja nak berjinak-jinak dalam blog ni... Kalau ada apa-apa yang kurang atau terlebih dengan blog ni diharap komen la apa yang patut atau yang dekat-dekat tu (satu ofis) boleh la jumpa saya dan ajar saya..boleh ke?????......chewah.....

Template by:
Free Blog Templates