Selasa, 24 Mac 2009

RAHSIA BULAN KELAHIRAN BULAN MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalam bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan.

Selasa, 17 Mac 2009

Ita Datang Kolej...

Hari ni nak tau siapa yang datang ofis... Ita la geng... Lamanya aku dan kawan-kawan tak jumpa dia... Dia datang seorang aja bab sekarang ni cuti sekolah maktab pun cuti juga la... hehehe... Tapi aku dan kawan-kawan satu ofis terkejut geng dengan perubahan dirinya... Nak tau apa yang memeranjatkan yang kami tengok... Dia semakin gelap geng yang dulunya putih melepak tapi sekarang ni ketara betul berubahnya... Aku ingatkan dia ni terlibat dengan sepuluh budak hitam rupa-rupanya dia ni selalu sangat berjemur di padang dengan aktiviti yang dijalankan di maktab... kecian ita... Nda apalah ita hitam itu menawan yang penting ilmu di dada geng dan apa yang kita pelajari selama ini menjadi panduan di masa akan datang... chewah... Good Luck Ita... Kami akan sentiasa bersama dirimu walau dimana jua ko berada asalkan ko tak kan lupa dengan kami... hehehe... Kami sempat juga ambil gambar dengan ita... inilah pose yang paling mengancam yang kami ambil... kwang... kwang...

Isnin, 16 Mac 2009

Majlis Perpisahan Maslina Diwai

Penyampaian Cenderahati dari staf KML ( pejabat ) yang disempurnakan oleh En. Arshad Husin( PEK) yang diserahkan kepada Pn. Maslina Diwai... Tengok kawan-kawan ramai yang berpindah rasanya nak juga aku pindah tetapi... hehehe... Faham-faham aja la...
Inilah gambar satu ofis tapi ni baru beberapa orang aja... Sebenarnya ada lagi tu cuma yang lain tu cibuk cikit...Lelaki yang terselit kat gambar tu adalah amrie... Dia tak nak lepas peluang la tu nak ikut join sekali... Lagi pun time ni dah nak balik dah... hehehe...

Gambar kat atas tadi tu mila tiada bab dia jadi kamera men dulu... Sekarang ni lelaki ( amrie ) yang terselit tadi tu yang ambil gambar... hehehe... Baru dia tau...

Ambil gambar kenangan bersama maslina... Time ni dah habis jamuan... Makanan pun dah abis di makan dan ditapau... hehehe...

Bengkel MS ISO 9000:2000

Ini la kawan-kawan yang terlibat dalam Bengkel MS ISO di Hotel Grand Dorsett pada 10 - 11 Mac 2009... Waktu ni kami tengah edit dokumen yang sedia ada MS ISO 9000:2000 ke MS ISO 9000:2008... Banyak juga yang perlu di edit tapi sabar aja la... Hehehe


Time bengkel pun sempat juga posing abis... hehehe... Ambil kesempatan le tu tapi masa ni dah nak abis pun bengkel tu... Ini la peluang nak ambik gambar... Kawan-kawan nak tau siapa yang ambil gambar ni hazizul la geng... Tak kan tak kenal... boleh la jadi kamera men...



Ini kak zie dan kak maria... Kaka dua orang ni rajin betul la... Kak zie
tukang taip dan kak maria tukang baca dan aku plak tukang tengok...
hehehe... Tapi time ni dah nak abis di edit cuma ada sikit lagi yang perlu di ubah...

Jumaat, 6 Mac 2009

Seorang Lagi Kawan Akan Berpindah

Rasa sedih juga la bab seorang lagi kawan aku akan berpindah ke Sabah di SMK Membakut... Belum lama dia berpindah ke Kolej akhirnya dia pergi lagi meninggalkan aku dan kawan-kawan di ofis... Dialah Maslina Diwai asal dari Sarawak tapi menetap di Sabah sebab suami orang Menumbok... Rasanya belum puas mengenali dirinya... Dia seorang yang tiada kenal erti jemu dan mengeluh apabila di beri tugas yang perlu disiapkan, malah dia akan menerimanya dengan hati yang terbuka walaupun ada kalanya jiran sebelah tidak ambil kisah dengan tugasnya apabila dia bercuti... Dia juga baik orangnya dan suka menolong kawan-kawan sepejabat apabila diperlukan... Benda yang aku tak lupa dengan dia ialah kek chesse yang di buatnya... Sedap geng... Hehehehe... Itulah Maslina yang aku kenal dari mula aku kenal hinggalah ke hari ini... Tanggal 13 Mac 2009 adalah tarikh terakhir dia bekerja atau berada di Kolej... Pesanan buat Maslina jaga diri di tempat orang dan ingatlah kami disini.... Panjang umur murah rezeki kita jumpa lagi...

Template by:
Free Blog Templates