Rabu, 27 Mei 2009

Minggu Pengurusan Pelajar Baru

Pada 10 & 11 Mei 2009 adalah hari penerimaan pelajar baru ke Kolej Matrikulasi Labuan... Aku, kak zie, mas, lila, amrie, mul, kak ana, su, suria dan PEK bahagian kewangan iaitu AJK Kutipan Yuran... Walaupun penat dari awal pagi jam 8.oo hingga 5.00 ptg tetapi kami tetap cool dengan melayan karenah pelajar-pelajar baru... Ramai pelajar yang melapor diri di kolej ini, ada yang membawa ibubapa dan ada pula yang terpaksa melapor diri dengan tidak ditemani pewaris... Cian kan dapat aku bayangkan betapa sedihnya hati mereka sedangkan kawan-kawan lain dengan keluarga masing-masing... Apa yang penting azam dan cita-cita mereka kuat untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan... Buat pelajar-pelajar baru Selamat Datang dan Semoga ilmu yang diberikan dapat membawa anda ke menara yang diimpikan... Good Luck...

RAHSIA BULAN KELAHIRAN BULAN MEI

* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros.

Jumaat, 15 Mei 2009

Selamat Ulang Tahun Papa & Selamat Hari Ibu

Kek ni saya yang beli cantik tak... Sedap tau tengok la siapa yang pilih... Ini kek Hari Ulang Tahun papa yang ke-60 tahun... Kami sambut di Pantai Pohon Batu pada 03 Mei 2009 iaitu sempena ulang tahun papa... "Selamat ulang tahun papa" muaaaah.....





Ini time papa dan mama potong kek... Kami sambut sekali dengan mama bersempena hari Ibu.... Selamat Hari Ibu buat mama... Terima Kasih yang tak terhingga buat papa dan mama kerana mendidik kami sehinggalah kami dewasa... Jasamu tetap kami kenang hingga ke akhir hayat... Muaaaaaaahhh.... I Love n Miss u Papa & Mama...

Template by:
Free Blog Templates