Ahad, 2 November 2008

Harga Rokok Naik Lagi...

Untuk pengetahuan kepada kawan-kawan yang suka merokok harga rokok naik lagi bah... Memang sepatutnya pun harga rokok tu naik supaya ramai yang akan sedar betapa sayangnya duit kawan-kawan hanya untuk membeli rokok... Jadi kepada perokok-perokok tu sedarkan diri sikit dan betapa bahayanya merokok lebih-lebih lagi apabila orang yang tak hisap rokok menjadi mangsa... Menurut Kajian dan perangkaan pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB), seramai 4.9 juta manusia mati setiap tahun kerana tabiat merokok dengan 500,000 darinya adalah di asia dan dalam 10,000 di Malaysia kerana rokok... Kawan-kawan tau tak menurut kajian juga mendapati setiap sebatang rokok yang di hisap boleh mengurangkan hayat perokok sebanyak 3 minit, kebiasaan orang merokok hanya ingin mendapat perhatian dan dia berasa dirinya hebat padahal disebalik itu pelbagai panyakit menimpa diri mereka... Jadi kepada perokok-perokok tu ingat lah orang-orang yang tersayang... Jangan pula kerana asap rokok orang lain yang akan mendapat musibahnya... kwang...kwang...

0 ulasan:

Template by:
Free Blog Templates