Sabtu, 29 Ogos 2009

Selasa, 25 Ogos 2009

RAHSIA BULAN KELAHIRAN BULAN OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan.

Jumaat, 24 Julai 2009

Majlis Perpisahan Amrie


Majlis Perkahwinan Sepupu Suami


RAHSIA BULAN KELAHIRAN BULAN JULAI

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan meruah diri.
* Tak menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudahkan terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanab yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja.

Sabtu, 27 Jun 2009

RAHSIA BULAN KELAHIRAN BULAN JUN

* Berfikiran Jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* Orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

Happy Birthday Buat Milah


Rabu, 24 Jun 2009

Happy Birthday...

Gambar ni sempena hari lahir aku 09.06.2009 yang ke.... Dah tua dah umur pun dah meningkat ke angka 3... hehehe... Aku bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana masih membenarkan hambamu ini bernafas dan berpijak di bumi yang indah ini... Kepada kawan-kawan dan terutama milah terima kasih yang tak terhingga kerana meraikan hari jadi ku tahun ini bersama... i miss u so much... Buat abang tersayang terima kasih banyak-banyak kerana awal-awal pagi lagi abang bagi ucapan "Selamat Hari jadi Sayang" dengan lagu happy brithday... I Love u sayang... Muahhhhh...

Rabu, 27 Mei 2009

Minggu Pengurusan Pelajar Baru

Pada 10 & 11 Mei 2009 adalah hari penerimaan pelajar baru ke Kolej Matrikulasi Labuan... Aku, kak zie, mas, lila, amrie, mul, kak ana, su, suria dan PEK bahagian kewangan iaitu AJK Kutipan Yuran... Walaupun penat dari awal pagi jam 8.oo hingga 5.00 ptg tetapi kami tetap cool dengan melayan karenah pelajar-pelajar baru... Ramai pelajar yang melapor diri di kolej ini, ada yang membawa ibubapa dan ada pula yang terpaksa melapor diri dengan tidak ditemani pewaris... Cian kan dapat aku bayangkan betapa sedihnya hati mereka sedangkan kawan-kawan lain dengan keluarga masing-masing... Apa yang penting azam dan cita-cita mereka kuat untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan... Buat pelajar-pelajar baru Selamat Datang dan Semoga ilmu yang diberikan dapat membawa anda ke menara yang diimpikan... Good Luck...

RAHSIA BULAN KELAHIRAN BULAN MEI

* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros.

Jumaat, 15 Mei 2009

Selamat Ulang Tahun Papa & Selamat Hari Ibu

Kek ni saya yang beli cantik tak... Sedap tau tengok la siapa yang pilih... Ini kek Hari Ulang Tahun papa yang ke-60 tahun... Kami sambut di Pantai Pohon Batu pada 03 Mei 2009 iaitu sempena ulang tahun papa... "Selamat ulang tahun papa" muaaaah.....





Ini time papa dan mama potong kek... Kami sambut sekali dengan mama bersempena hari Ibu.... Selamat Hari Ibu buat mama... Terima Kasih yang tak terhingga buat papa dan mama kerana mendidik kami sehinggalah kami dewasa... Jasamu tetap kami kenang hingga ke akhir hayat... Muaaaaaaahhh.... I Love n Miss u Papa & Mama...

Selasa, 28 April 2009

Brother Amrie Akan berpindah Ke Akauntan Labuan

Fuh... Adeh... Baru aja beberapa bulan yang lalu seorang kawan telah berpindah ke Sabah... Dan tanggal 15 Mei pulak brother Am akan mengikuti jejak kawan-kawan yang lain dimana mereka tidak akan menjejakkan kaki lagi ke kolej ini... Dialah Brother Amrie kelahiran Mukah, Sarawak yang sudah lebih 10 tahun berada atau bertugas di Kolej ini dari yang lama pi tempat kolej baru... Walaupun aku baru beberapa tahun mengenali dia aku rasa dialah seorang abang atau kawan yang baik dan terbaik... Bagi aku tiada tandingannya dalam ramai kawan-kawan yang ada di Kolej ini... Dia tidak pernah merungut dalam menjalankan tugas seharian walaupun kadang-kadang tu ada yang membuatkan dia pening memikirkan keadaan sekelilingnya...Tapi dia tetap cool walau apa pun yang berlaku kekadang tu kalau dia marah muka dia pun jadi merah cam udang kena bakar.... Hahaha... Aku dan kawan-kawan jadi takut tengok dia marah... Dan dia juga tidak pernah lokek mencurahkan ilmu yang ada pada dirinya pada aku dan kawan-kawan... Hilangnya dia dari Kolej adalah kehilangan besar bagi semua warga Kolej... Buat Brother Am good luck dan selamat menempuhi liku-liku di tempat keja dan suasana yang baru... Jasamu tetap kami kenang sampai bila-bila pun... Thank you so much segala ilmu-ilmu yang pernah dicurahkan pada kami... Panjang umur dan murah rezeki kita jumpa lagi...



RAHSIA BULAN KELAHIRAN BULAN APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu.

Khamis, 2 April 2009

Kursus Bahasa Inggeris Di Hotel Tiara Labuan


Inilah bilik tempat kami kursus dan ni la muka-muka yang akan di beri kursus Bahasa Inggeris... Hahaha... Nak tau empat orang ni satu kumpulan geng riuh rendah la bilik dengan suara kami... Lucu betul la kita orang ni... Ada orang dok sebelah cam tak nampak aja... teruk...





Ini time berdialog dalam bahasa inggeris... Boleh la... Yang tak tahannya kawan-kawan yang tengok kami gelak sakan dengan perangai kami ni... Mana tidak nya dalam kumpulan kami ni ada dua orang suara rock geng Maslinah dan kak zie... Susah nak dengar apa yang diorang cakap... Sampai aku pun cakap sambil ketawa... Tapi ML tu steady geng bercakap... Biasa la tak kan tak faham geng hanya orang yang tau aja boleh memahaminya... kwang...kwang... Sendiri mau ingat geng...




Belum sampai separuh kursus kita orang minum dulu... Sakit perut geng bab sebelum pi hotel tu kita orang tak sarapan lagi di rumah... Hehehe... Habis kuih di makan... Lapar betul la...








Sempat lagi posing geng... Ini time rehat ambil la kesempatan bergambar untuk kenangan geng bila lagi kan... Hehehe...





Selasa, 24 Mac 2009

RAHSIA BULAN KELAHIRAN BULAN MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalam bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan.

Selasa, 17 Mac 2009

Ita Datang Kolej...

Hari ni nak tau siapa yang datang ofis... Ita la geng... Lamanya aku dan kawan-kawan tak jumpa dia... Dia datang seorang aja bab sekarang ni cuti sekolah maktab pun cuti juga la... hehehe... Tapi aku dan kawan-kawan satu ofis terkejut geng dengan perubahan dirinya... Nak tau apa yang memeranjatkan yang kami tengok... Dia semakin gelap geng yang dulunya putih melepak tapi sekarang ni ketara betul berubahnya... Aku ingatkan dia ni terlibat dengan sepuluh budak hitam rupa-rupanya dia ni selalu sangat berjemur di padang dengan aktiviti yang dijalankan di maktab... kecian ita... Nda apalah ita hitam itu menawan yang penting ilmu di dada geng dan apa yang kita pelajari selama ini menjadi panduan di masa akan datang... chewah... Good Luck Ita... Kami akan sentiasa bersama dirimu walau dimana jua ko berada asalkan ko tak kan lupa dengan kami... hehehe... Kami sempat juga ambil gambar dengan ita... inilah pose yang paling mengancam yang kami ambil... kwang... kwang...

Isnin, 16 Mac 2009

Majlis Perpisahan Maslina Diwai

Penyampaian Cenderahati dari staf KML ( pejabat ) yang disempurnakan oleh En. Arshad Husin( PEK) yang diserahkan kepada Pn. Maslina Diwai... Tengok kawan-kawan ramai yang berpindah rasanya nak juga aku pindah tetapi... hehehe... Faham-faham aja la...
Inilah gambar satu ofis tapi ni baru beberapa orang aja... Sebenarnya ada lagi tu cuma yang lain tu cibuk cikit...Lelaki yang terselit kat gambar tu adalah amrie... Dia tak nak lepas peluang la tu nak ikut join sekali... Lagi pun time ni dah nak balik dah... hehehe...

Gambar kat atas tadi tu mila tiada bab dia jadi kamera men dulu... Sekarang ni lelaki ( amrie ) yang terselit tadi tu yang ambil gambar... hehehe... Baru dia tau...

Ambil gambar kenangan bersama maslina... Time ni dah habis jamuan... Makanan pun dah abis di makan dan ditapau... hehehe...

Bengkel MS ISO 9000:2000

Ini la kawan-kawan yang terlibat dalam Bengkel MS ISO di Hotel Grand Dorsett pada 10 - 11 Mac 2009... Waktu ni kami tengah edit dokumen yang sedia ada MS ISO 9000:2000 ke MS ISO 9000:2008... Banyak juga yang perlu di edit tapi sabar aja la... Hehehe


Time bengkel pun sempat juga posing abis... hehehe... Ambil kesempatan le tu tapi masa ni dah nak abis pun bengkel tu... Ini la peluang nak ambik gambar... Kawan-kawan nak tau siapa yang ambil gambar ni hazizul la geng... Tak kan tak kenal... boleh la jadi kamera men...



Ini kak zie dan kak maria... Kaka dua orang ni rajin betul la... Kak zie
tukang taip dan kak maria tukang baca dan aku plak tukang tengok...
hehehe... Tapi time ni dah nak abis di edit cuma ada sikit lagi yang perlu di ubah...

Jumaat, 6 Mac 2009

Seorang Lagi Kawan Akan Berpindah

Rasa sedih juga la bab seorang lagi kawan aku akan berpindah ke Sabah di SMK Membakut... Belum lama dia berpindah ke Kolej akhirnya dia pergi lagi meninggalkan aku dan kawan-kawan di ofis... Dialah Maslina Diwai asal dari Sarawak tapi menetap di Sabah sebab suami orang Menumbok... Rasanya belum puas mengenali dirinya... Dia seorang yang tiada kenal erti jemu dan mengeluh apabila di beri tugas yang perlu disiapkan, malah dia akan menerimanya dengan hati yang terbuka walaupun ada kalanya jiran sebelah tidak ambil kisah dengan tugasnya apabila dia bercuti... Dia juga baik orangnya dan suka menolong kawan-kawan sepejabat apabila diperlukan... Benda yang aku tak lupa dengan dia ialah kek chesse yang di buatnya... Sedap geng... Hehehehe... Itulah Maslina yang aku kenal dari mula aku kenal hinggalah ke hari ini... Tanggal 13 Mac 2009 adalah tarikh terakhir dia bekerja atau berada di Kolej... Pesanan buat Maslina jaga diri di tempat orang dan ingatlah kami disini.... Panjang umur murah rezeki kita jumpa lagi...

Isnin, 16 Februari 2009

RAHSIA BULAN KELAHIRAN BULAN FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar.
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi.

Rabu, 28 Januari 2009

Jumaat, 16 Januari 2009

RAHSIA BULAN KELAHIRAN BULAN JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi.

Selasa, 13 Januari 2009

Perginya Seorang Kawan ITA

Tanggal 08 Januari 2009 perginya seorang kawan yang selama ini banyak membantu dalam pekerjaan seharian... Dia lah kawan yang tak pernah kenal erti jemu dan tak pernah merungut dalam menjalankan tugas seharian... Hilangnya ia dalam ofis kami menjadi satu kehilangan besar bagi aku dan kawan-kawan... Dia lah Nurita Juslin anak kelahiran kg kebatu, beaufort... Perginya ia bukan disebabkan dia berpindah, tetapi perginya ia adalah kerana cita-citanya selama ini yang ingin menjadi seorang guru dan tanggal 12 Januari 2009 dia akan melapor diri di Maktab Perguruan Kent Tuaran... wa caya lu ita... Kehilangan dirinya membuatkan aku merasa sedih nak menangis pun ada tapi waktu dia peluk aku air mata aku pun tak jatuh... Sebenarnya sedih sangat sampai tak terkata kontrol geng depan orang... hehehe... Terima kasih ita dengan segala tunjuk ajar ko selama ini tentang keja dan pandangan-pandangan ko yang membina tu dan dialah yang membuatkan blog aku semakin cantik... Kalau bukan dia sampai sekarang aku tak tau camana nak buat blog yang lebih canggih lagi... Aku doakan semoga segala cita-cita dan impian ko akan terlaksana... Satu lagi pesanan dari aku jangan sesekali melupakan segala kenangan yang kita lalui bersama kawan-kawan disini... Menangis dan ketawa bersama... Kaulah kawan yang berwawasan tinggi dan jaga diri ditempat orang... Muaaaaahhhh...

Khamis, 1 Januari 2009

Selamat Tahun Baru 2009

Buat kengkawan semua Selamat menempuh ke alaf baru tahun 2009... Moga-moga rezeki kita di tahun ni akan bertambah dan bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya kita masih lagi berpijak di bumi ciptaannya... Kepada kengkawan yang ada azam baru tu pertingkatkanlah, kejarlah azam tu supaya impian akan terlaksana... Bagi azam yang belum terlaksana di tahun 2008, tahun ni buatlah yang terbaik daripada yang baik... Good Luck buat kengkawan semua...

Template by:
Free Blog Templates