

"Senyum seindah suria yang membawa erti, senyumlah dari hati... duniamu berseri, senyumlah dengan ceria yang membawa bahgia, kau tersenyum ku tersenyum kemesraan menguntum... Senyum kepada semua, senyuman mu amatlah berharga, senyum membahagiakan, dengan senyuman... terjalinlah... ikatan."
Gambar ni sempena hari lahir aku 09.06.2009 yang ke.... Dah tua dah umur pun dah meningkat ke angka 3... hehehe... Aku bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana masih membenarkan hambamu ini bernafas dan berpijak di bumi yang indah ini... Kepada kawan-kawan dan terutama milah terima kasih yang tak terhingga kerana meraikan hari jadi ku tahun ini bersama... i miss u so much... Buat abang tersayang terima kasih banyak-banyak kerana awal-awal pagi lagi abang bagi ucapan "Selamat Hari jadi Sayang" dengan lagu happy brithday... I Love u sayang... Muahhhhh...
Pada 10 & 11 Mei 2009 adalah hari penerimaan pelajar baru ke Kolej Matrikulasi Labuan... Aku, kak zie, mas, lila, amrie, mul, kak ana, su, suria dan PEK bahagian kewangan iaitu AJK Kutipan Yuran... Walaupun penat dari awal pagi jam 8.oo hingga 5.00 ptg tetapi kami tetap cool dengan melayan karenah pelajar-pelajar baru... Ramai pelajar yang melapor diri di kolej ini, ada yang membawa ibubapa dan ada pula yang terpaksa melapor diri dengan tidak ditemani pewaris... Cian kan dapat aku bayangkan betapa sedihnya hati mereka sedangkan kawan-kawan lain dengan
keluarga masing-masing... Apa yang penting azam dan cita-cita mereka kuat untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan... Buat pelajar-pelajar baru Selamat Datang dan Semoga ilmu yang diberikan dapat membawa anda ke menara yang diimpikan... Good Luck...
Kek ni saya yang beli cantik tak... Sedap tau tengok la siapa yang pilih... Ini kek Hari Ulang Tahun papa yang ke-60 tahun... Kami sambut di Pantai Pohon Batu pada 03 Mei 2009 iaitu sempena ulang tahun papa... "Selamat ulang tahun papa" muaaaah.....
Fuh... Adeh... Baru aja beberapa bulan yang lalu seorang kawan telah berpindah ke Sabah... Dan tanggal 15 Mei pulak brother Am akan mengikuti jejak kawan-kawan yang lain dimana mereka tidak akan menjejakkan kaki lagi ke kolej ini... Dialah Brother Amrie kelahiran Mukah, Sarawak yang sudah lebih 10 tahun berada atau bertugas di Kolej ini dari yang lama pi tempat kolej baru... Walaupun aku baru beberapa tahun mengenali dia aku rasa dialah seorang abang atau kawan yang baik dan terbaik... Bagi aku tiada tandingannya dalam ramai kawan-kawan yang ada di Kolej ini...
Dia tidak pernah merungut dalam menjalankan tugas seharian walaupun kadang-kadang tu ada yang membuatkan dia pening memikirkan keadaan sekelilingnya...Tapi dia tetap cool walau apa pun yang berlaku kekadang tu kalau dia marah muka dia pun jadi merah cam udang kena bakar.... Hahaha... Aku dan kawan-kawan jadi takut tengok dia marah... Dan dia juga tidak pernah lokek mencurahkan ilmu yang ada pada dirinya pada aku dan kawan-kawan... Hilangnya dia dari Kolej adalah kehilangan besar bagi semua warga Kolej... Buat Brother Am good luck dan selamat
menempuhi liku-liku di tempat keja dan suasana yang baru... Jasamu tetap kami kenang sampai bila-bila pun... Thank you so much segala ilmu-ilmu yang pernah dicurahkan pada kami... Panjang umur dan murah rezeki kita jumpa lagi...
Hari ni nak tau siapa yang datang ofis... Ita la geng... Lamanya aku dan kawan-kawan tak jumpa dia... Dia datang seorang aja bab sekarang ni cuti sekolah maktab pun cuti juga la... hehehe... Tapi aku dan kawan-kawan satu ofis terkejut geng dengan perubahan dirinya... Nak tau apa yang memeranjatkan yang kami tengok... Dia semakin gelap geng yang dulunya putih melepak tapi sekarang ni ketara betul berubahnya... Aku ingatkan dia ni terlibat dengan sepuluh budak hitam rupa-rupanya dia ni selalu sangat berjemur di padang dengan aktiviti yang dijalankan di maktab... kecian ita... Nda apalah ita hitam itu menawan yang penting ilmu di dada geng dan apa yang kita pelajari selama ini menjadi panduan di masa akan datang... chewah... Good Luck Ita... Kami akan sentiasa bersama dirimu walau dimana jua ko berada asalkan ko tak kan lupa dengan kami... hehehe... Kami sempat juga ambil gambar dengan ita... inilah pose yang paling mengancam yang kami ambil... kwang... kwang...
Inilah gambar satu ofis tapi ni baru beberapa orang aja... Sebenarnya ada lagi tu cuma yang lain tu cibuk cikit...Lelaki yang terselit kat gambar tu adalah amrie... Dia tak nak lepas peluang la tu nak ikut join sekali... Lagi pun time ni dah nak balik dah... hehehe...
Gambar kat atas tadi tu mila tiada bab dia jadi kamera men dulu... Sekarang ni lelaki ( amrie ) yang terselit tadi tu yang ambil gambar... hehehe... Baru dia tau...
Ambil gambar kenangan bersama maslina... Time ni dah habis jamuan... Makanan pun dah abis di makan dan ditapau... hehehe...
Ini la kawan-kawan yang terlibat dalam Bengkel MS ISO di Hotel Grand Dorsett pada 10 - 11 Mac 2009... Waktu ni kami tengah edit dokumen yang sedia ada MS ISO 9000:2000 ke MS ISO 9000:2008... Banyak juga yang perlu di edit tapi sabar aja la... Hehehe
Time bengkel pun sempat juga posing abis... hehehe... Ambil kesempatan le tu tapi masa ni dah nak abis pun bengkel tu... Ini la peluang nak ambik gambar... Kawan-kawan nak tau siapa yang ambil gambar ni hazizul la geng... Tak kan tak kenal... boleh la jadi kamera men...
Rasa sedih juga la bab seorang lagi kawan aku akan berpindah ke Sabah di SMK Membakut... Belum lama dia berpindah ke Kolej akhirnya dia pergi lagi meninggalkan aku dan kawan-kawan di ofis... Dialah Maslina Diwai asal dari Sarawak tapi menetap di Sabah sebab suami orang Menumbok... Rasanya belum puas mengenali dirinya... Dia seorang yang tiada kenal erti jemu dan mengeluh apabila di beri tugas yang perlu disiapkan, malah dia akan menerimanya dengan hati yang terbuka wala
upun ada kalanya jiran sebelah tidak ambil kisah dengan tugasnya apabila dia bercuti... Dia juga baik orangnya dan suka menolong kawan-kawan sepejabat apabila diperlukan... Benda yang aku tak lupa dengan dia ialah kek chesse yang di buatnya... Sedap geng... Hehehehe... Itulah Maslina yang aku kenal dari mula aku kenal hinggalah ke hari ini... Tanggal 13 Mac 2009 adalah tarikh terakhir dia bekerja atau berada di Kolej... Pesanan buat Maslina jaga diri di tempat orang dan ingatlah kami disini.... Panjang umur murah rezeki kita jumpa lagi...
Tanggal 08 Januari 2009 perginya seorang kawan yang selama ini banyak membantu dalam pekerjaan seharian... Dia lah kawan yang tak pernah kenal erti jemu dan tak pernah merungut dalam menjalankan tugas seharian... Hilangnya ia dalam ofis kami menjadi satu kehilangan besar bagi aku dan kawan-kawan... Dia lah Nurita Juslin anak kelahiran kg kebatu, beaufort... Perginya ia bukan disebabkan dia berpindah, tetapi perginya ia adalah kerana cita-citanya selama ini yang ingin menjadi seorang guru dan tanggal 12 Januari 2009 dia akan melapor diri di Maktab Perguruan Kent Tuaran... wa caya lu ita... Kehilangan dirinya membuatkan aku merasa sedih nak menangis
pun ada tapi waktu dia peluk aku air mata aku pun tak jatuh... Sebenarnya sedih sangat sampai tak terkata kontrol geng depan orang... hehehe... Terima kasih ita dengan segala tunjuk ajar ko selama ini tentang keja dan pandangan-pandangan ko yang membina tu dan dialah yang membuatkan blog aku semakin cantik... Kalau bukan dia sampai sekarang aku tak tau camana nak buat blog yang lebih canggih lagi... Aku doakan semoga segala cita-cita dan impian ko akan terlaksana... Satu lagi pesanan dari aku jangan sesekali melupakan segala kenangan yang kita lalui bersama kawan-kawan disini... Menangis dan ketawa bersama... Kaulah kawan yang berwawasan tinggi dan jaga diri ditempat orang... Muaaaaahhhh...
Buat kengkawan semua Selamat menempuh ke alaf baru tahun 2009... Moga-moga rezeki kita di tahun ni akan bertambah dan bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya kita masih lagi berpijak di bumi ciptaannya... Kepada kengkawan yang ada azam baru tu pertingkatkanlah, kejarlah azam tu supaya impian akan terlaksana... Bagi azam yang belum terlaksana di tahun 2008, tahun ni buatlah yang terbaik daripada yang baik... Good Luck buat kengkawan semua...