Jumaat, 6 Mac 2009

Seorang Lagi Kawan Akan Berpindah

Rasa sedih juga la bab seorang lagi kawan aku akan berpindah ke Sabah di SMK Membakut... Belum lama dia berpindah ke Kolej akhirnya dia pergi lagi meninggalkan aku dan kawan-kawan di ofis... Dialah Maslina Diwai asal dari Sarawak tapi menetap di Sabah sebab suami orang Menumbok... Rasanya belum puas mengenali dirinya... Dia seorang yang tiada kenal erti jemu dan mengeluh apabila di beri tugas yang perlu disiapkan, malah dia akan menerimanya dengan hati yang terbuka walaupun ada kalanya jiran sebelah tidak ambil kisah dengan tugasnya apabila dia bercuti... Dia juga baik orangnya dan suka menolong kawan-kawan sepejabat apabila diperlukan... Benda yang aku tak lupa dengan dia ialah kek chesse yang di buatnya... Sedap geng... Hehehehe... Itulah Maslina yang aku kenal dari mula aku kenal hinggalah ke hari ini... Tanggal 13 Mac 2009 adalah tarikh terakhir dia bekerja atau berada di Kolej... Pesanan buat Maslina jaga diri di tempat orang dan ingatlah kami disini.... Panjang umur murah rezeki kita jumpa lagi...

0 ulasan:

Template by:
Free Blog Templates