Isnin, 16 Februari 2009

RAHSIA BULAN KELAHIRAN BULAN FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar.
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi.

Rabu, 28 Januari 2009

Jumaat, 16 Januari 2009

RAHSIA BULAN KELAHIRAN BULAN JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi.

Selasa, 13 Januari 2009

Perginya Seorang Kawan ITA

Tanggal 08 Januari 2009 perginya seorang kawan yang selama ini banyak membantu dalam pekerjaan seharian... Dia lah kawan yang tak pernah kenal erti jemu dan tak pernah merungut dalam menjalankan tugas seharian... Hilangnya ia dalam ofis kami menjadi satu kehilangan besar bagi aku dan kawan-kawan... Dia lah Nurita Juslin anak kelahiran kg kebatu, beaufort... Perginya ia bukan disebabkan dia berpindah, tetapi perginya ia adalah kerana cita-citanya selama ini yang ingin menjadi seorang guru dan tanggal 12 Januari 2009 dia akan melapor diri di Maktab Perguruan Kent Tuaran... wa caya lu ita... Kehilangan dirinya membuatkan aku merasa sedih nak menangis pun ada tapi waktu dia peluk aku air mata aku pun tak jatuh... Sebenarnya sedih sangat sampai tak terkata kontrol geng depan orang... hehehe... Terima kasih ita dengan segala tunjuk ajar ko selama ini tentang keja dan pandangan-pandangan ko yang membina tu dan dialah yang membuatkan blog aku semakin cantik... Kalau bukan dia sampai sekarang aku tak tau camana nak buat blog yang lebih canggih lagi... Aku doakan semoga segala cita-cita dan impian ko akan terlaksana... Satu lagi pesanan dari aku jangan sesekali melupakan segala kenangan yang kita lalui bersama kawan-kawan disini... Menangis dan ketawa bersama... Kaulah kawan yang berwawasan tinggi dan jaga diri ditempat orang... Muaaaaahhhh...

Khamis, 1 Januari 2009

Selamat Tahun Baru 2009

Buat kengkawan semua Selamat menempuh ke alaf baru tahun 2009... Moga-moga rezeki kita di tahun ni akan bertambah dan bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya kita masih lagi berpijak di bumi ciptaannya... Kepada kengkawan yang ada azam baru tu pertingkatkanlah, kejarlah azam tu supaya impian akan terlaksana... Bagi azam yang belum terlaksana di tahun 2008, tahun ni buatlah yang terbaik daripada yang baik... Good Luck buat kengkawan semua...

Selasa, 30 Disember 2008

Kenangan Di Lahad Datu

Tanggal 26 Disember 2008 bermulanya aku menjejakkan kaki di Lahad Datu... Kalau bukan kerana kawan aku yang melangsungkan pertunangan dengan jejaka idamannya, belum tau lagi bila masanya aku akan berada disana... Aku, suami dan mertuaku serta rombongan lain wakil dari pihak lelaki iaitu sepupu suami (Sham) menghantar pinangan dengan mila kawan aku... Setelah berjam-jam lamanya kami dalam perjalanan menuju ke lahad datu akhirnya kami sampai jua di sana... Penat bukan main lagi walaupun aku bukan driver cuma duduk aja tapi penat jua geng pinggang dan punggung semuanya sakit... Apa lagi kalau memandu... Dalam jam 4.30 ptg kami baru sampai di lahad datu...Lewatnya juga kami sampai, mana tidaknya banyak singgah semuanya mau di beli, itu belum lagi sampai lahad datu... Kalau sampai lahad datu kali abis kedai di borong... Sampai aja lahad datu terus kami cari hotel... Hotel Jagokota pilihan tempat penginapan kami... Nasib baik kami sampai tu hujan kalau tak nak juga bergerak kaki ni nak tengok bandar disana... Tapi sabar aja la... Pagi keesokkan harinya sebelum kami pi menghantar pinangan kami round bandar lahad datu dulu... Ramai juga orang kat lahad datu ni... Orang berniaga pun ramai... Kengkawan nak tau apa aja aku beli kat sana ikan dan udang kering geng tapi ada juga aku beli baju t-shirt... kenangan geng... Kalau diikutkan sama saja harganya walaupun berlainan tempat dan daerah...Dalam 1.30 ptg kami check out dari hotel jagokota dan dalam jam 2 ptg baru kami dan rombongan pi meminang kawan aku mila... Lucunya kami boleh tersesat jalan menuju ke rumahnya... Sham bakal tunang dia ni pun tak ingat jalan bab hari tu dia sampai malam di lahad datu... bengang betul c sham ni rumah bakal mertua pun nda ingat... mau saja aku suruh dia ambil gambar setiap jalan menuju ke rumah mila supaya dia akan sentiasa ingat... hehehe...Sampai aja di kampung mila aduh??? banyak simpang geng masuk ke rumahnya... Banyak rumah lagi tu... Nasib baik kami sampai jua ke rumahnya itupun abang dia yang datang tunjukkan jalan... Cantik geng rumahnya besar lagi tu kalau buat larian 100 meter pun dapat geng... hehehe... Tercapai juga hajat kawan aku tu dengan jejaka idamannya... Moga-moga perhubungan diorang sampai ke jinjang pelamin... buat mila 'Jangan kuat merajuk ye nanti kena jual' hehehe... Selamat tinggal Lahad Datu panjang umur kita jumpa lagi... Muaaaaahhhhhh....

Selasa, 16 Disember 2008

Bestnya... Balik Kampung

Tanggal 12 Dis 2008 - Hari ni aku cuti balik kampung sebab ada kenduri kawin di kampung suami ku... Kami bertolak dari labuan jam 8.00 pagi dengan menaiki feri Wawasan Perdana... Lebih kurang satu jam setengah perjalanan kami pun sampai di menumbok dalam jam 9.45 pagi... Kami meneruskan perjalanan ke Pekan Beaufort memandangkan hari tu hari jumaat mesti ada tamu dekat sana, nak singgah la tu kononnya... Sampai saja di tamu beaufort... wooow... luar biasa... Terkejut bah ramai juga orang membeli belah di tamu ni ingatkan kat shooping kompleks aja orang ramai membeli rupanya kat tamu pun ramai juga... Nak tau apa kami shooping kat sana apa lagi geng kami beli ikan masin, ketam dan ikan mentah untuk di bawa balik ke rumah ku... kwang...kwang...kwang... Orang beli benda lain kami beli ikan aja...Hahaha... Mungkin tiada yang menarik la tu....

Tanggal 13 Dis 2008 - Dalam jam 9.00 pagi kami bertolak dari kampung ku ke Kuala Penyu nak pi tengok orang kawin la ni... Lepas balik dari kenduri kami pi resort dekat kampung suami (Tempurong)... cantik juga pemandangan kat resort ni... Itu lah first time selepas kawin aku menjejakkan kaki ke resort tu... Kalau bukan nak bawa kakak pi tengok di sana belum tentu lagi aku dapat berpijak di resort kg tempurong... Tapi best tau kalau nak berbulan madu dekat sana dengan suasananya aman, cantik, fikiran pun jadi tenang... sedap mata memandang... over la pula... welcome to kg tempurong...

Tanggal 14 Dis 2008 - Hari ni aku dan suami pi memancing di kolam... boring la tu duduk kat rumah aja... Tapi cam saja aku ni pandai memancing kena tengok orang la geng dapat juga aku pancing ikan tapi anak ikan aja... kwang...kwang... Ikan yang besar-besar tu tak mahu makan umpan aku... Mungkin ikan tu mau makan pizza atau kfc kali kan... tau aja la sekarang ni bukan saja manusia ikan pun pandai juga memilih makanan... hahahaha...Kalau kengkawan nak tau aku sebenarnya geli pegang cacing tu mungkin itu la sebabnya ikan besar tidak mau makan... Suami aku juga la jadi mangsa bagi umpan pancing aku...hehehehe... Banyak juga la kami dapat tapi semuanya anak ikan... cian jua kami tengok kami pun lepaskan balik ke kolam... Berperikemanusiaan la geng... chewah...

Tanggal 15 Dis 2008 - Pejam celik pejam celik... 3 hari sudah kami duduk di kampung hari ni kami balik labuan ikut feri jam 10.30 pagi... Sebelum jam 8.00 pagi lagi kami bertolak dari rumah menuju ke terminal menumbok... Rasanya belum puas lagi duduk di kampung... Boring boring...

Template by:
Free Blog Templates