Tanggal 26 Disember 2008 bermulanya aku menjejakkan kaki di Lahad Da
tu... Kalau bukan kerana kawan aku yang melangsungkan pertunangan dengan jejaka idamannya, belum tau lagi bila masanya aku akan berada disana... Aku, suami dan mertuaku serta rombongan lain wakil dari pihak lelaki iaitu sepupu suami (Sham) menghantar pinangan dengan mila kawan aku... Setelah berjam-jam lamanya kami dalam perjalanan menuju ke lahad datu akhirnya kami sampai jua di sana... Penat bukan main lagi walaupun aku bukan driver cuma duduk aja tapi penat jua geng pinggang dan punggung semuanya sakit... Apa lagi kalau memandu... Dalam jam 4.30 ptg kami baru sampai
di lahad datu...Lewatnya juga kami sampai, mana tidaknya banyak singgah semuanya mau di beli, itu belum lagi sampai lahad datu... Kalau sampai lahad datu kali abis kedai di borong... Sampai aja lahad datu terus kami cari hotel... Hotel Jagokota pilihan tempat penginapan kami... Nasib baik kami sampai tu hujan kalau tak nak juga bergerak kaki ni nak tengok bandar disana... Tapi sabar aja la... Pagi keesokkan harinya sebelum kami pi menghantar pinangan kami round bandar lahad datu dulu... Ramai juga orang kat lahad datu ni... Orang berniaga pun ramai... Kengkawan nak tau apa aja aku beli kat sana ikan dan udang kering geng tapi ada juga aku beli baju t-shirt... kenangan geng... Kalau diikutkan sama saja harganya walaupun berlainan tempat dan daerah...Dalam 1.30 ptg kami check out dari hotel jagokota dan dalam jam 2 ptg baru kami dan rombongan pi meminang kawan aku mila... Lucunya kami boleh tersesat jalan
menuju ke rumahnya... Sham bakal tunang dia ni pun tak ingat jalan bab hari tu dia sampai malam di lahad datu... bengang betul c sham ni rumah bakal mertua pun nda ingat... mau saja aku suruh dia ambil gambar setiap jalan menuju ke rumah mila supaya dia akan sentiasa ingat... hehehe...Sampai aja di kampung mila aduh??? banyak simpang geng masuk ke rumahnya... Banyak rumah lagi tu... Nasib baik kami sampai jua ke rumahnya itupun abang dia yang datang tunjukkan jalan... Cantik geng rumahnya besar lagi tu kalau buat larian 100 meter pun dapat geng... hehehe... Tercapai juga hajat kawan aku tu dengan jejaka idamannya... Moga-moga perhubungan diorang sampai ke jinjang pelamin... buat mila 'Jangan kuat merajuk ye nanti kena jual' hehehe... Selamat tinggal Lahad Datu panjang umur kita jumpa lagi... Muaaaaahhhhhh....
Selasa, 30 Disember 2008
Selasa, 16 Disember 2008
Bestnya... Balik Kampung

Tanggal 13 Dis 2008 - Dalam jam 9.00 pagi kami bertolak dari kampung ku ke Kuala Penyu nak pi tengok orang kawin la ni... Lepas balik dari kenduri kami pi resort dekat kampung suami (Tempurong)... cantik juga pemandangan kat resort ni... Itu lah first time selepas kawin aku menjejakkan kaki ke resort tu... Kalau bukan nak bawa kakak pi tengok di sana belum tentu lagi aku dapat berpijak di resort kg tempurong... Tapi best tau kalau nak berbulan madu dekat sana dengan suasananya aman, cantik, fikiran pun jadi tenang... sedap mata memandang... over la pula... welcome to kg tempurong...
Tanggal 14 Dis 2008 - Hari ni aku dan suami pi memancing di kolam... boring la tu duduk kat rumah aja... Tapi cam saja aku ni pandai memancing kena tengok orang la geng dapat juga aku pancing ikan tapi anak ikan aja... kwang...kwang... Ikan yang besar-besar tu tak mahu makan umpan aku... Mungkin ikan tu mau makan pizza atau kfc kali kan... tau aja la sekarang ni bukan saja manusia ikan pun pandai juga memilih makanan... hahahaha...Kalau kengkawan nak tau aku sebenarnya geli pegang cacing tu mungkin itu la sebabnya ikan besar tidak mau makan... Suami aku juga la jadi mangsa bagi umpan pancing aku...hehehehe... Banyak juga la kami dapat tapi semuanya anak ikan... cian jua kami tengok kami pun lepaskan balik ke kolam... Berperikemanusiaan la geng... chewah...
Tanggal 15 Dis 2008 - Pejam celik pejam celik... 3 hari sudah kami duduk di kampung hari ni kami balik labuan ikut feri jam 10.30 pagi... Sebelum jam 8.00 pagi lagi kami bertolak dari rumah menuju ke terminal menumbok... Rasanya belum puas lagi duduk di kampung... Boring boring...
Selasa, 9 Disember 2008
Isnin, 1 Disember 2008
RAHSIA BULAN KELAHIRAN DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat Marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran lojik.
Isnin, 24 November 2008
HIDUP UMPAMA RODA
Hidup ini umpama roda ada kadangkala kita berada di atas dan kadangkala kita berada dibawah...Begitulah dengan kehidupan kita seharian tidak selalunya hari-hari yang kita lalui penuh dengan kegembiraan ada kalanya kita akan menangis, kecewa dan sedih...Sekiranya kita berada di bawah, jangan sekali-kali kita berputus asa...Kesusahan dan keperitan yang kita hadapi bukanlah untuk selamanya sekiranya kita sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dan kehidupan kita... Jika kita di atas pula, janganlah sekali-kali kita berasa bongkak dan bangga diri sehingga kita lupa untuk mensyukuri nikmat dan kesenangan yang kita rasai...Janganlah kita pandang hina pada mereka yang memerlukan bantuan... Rezeki di tangan Tuhan...Allah mampu menjadikan yang miskin dan papa itu kaya dan juga sebaliknya...Jika masalah datang, janganlah merintih seolah-oleh tiada langsung jalan penyelesaian...Jangan kita fikir masalah yang kita hadapi itu amat besar kerana di luar sana, ada yang terpaksa berhadapan dengan muncung senapang setiap hari, mak ayah, adik beradik mati kerana letupan bom...Apalah sangat masalah hidup kita dibandingkan dengan keperitan yang mereka hadapi?
So, stop whining. And stop thinking that you are in such a miserable state of life. Start being thankful and start to appreciate what you have!
So, stop whining. And stop thinking that you are in such a miserable state of life. Start being thankful and start to appreciate what you have!
Jumaat, 7 November 2008
RAHSIA BULAN KELAHIRAN NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk di mengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk di rumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.

Isnin, 3 November 2008
Persahabatan Yang Sejati
kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat.
Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai.
Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya.
Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir-pasir di pantai tetapi
teman yang satu adalah mutiara di antara pasir-pasir itu.
Teman ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan.
Tapi sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus.
Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.
Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.
Persahabatan yang begitu erat punya pengertian yang dalam bagi kita yang menghargainya.
Tidaklah kita dapat mengenal orang lain melainkan dengan 3 waktu.
Tidak dapat diketahui adakah seorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah.
Tidak dapat dikenal seorang itu berani melainkan pada waktu berjuang.
Tidak dapat dikenal sahabat melainkan waktu kesusahan.
Dua sahabat yang sejati akan selari dalam apa jua bidang yang diceburi,
dan saling memahami antara mereka.
Terlalu sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran,
lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata.
Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian.
Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran.
Dialah hiasan dikala kamu senang dan perisai diwaktu kamu susah.
Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu
dan akan menyanyikan kembali dikala kau lupa bait-baitnya.
Sababat adalah anugerah Tuhan untuk menjaga kita.
Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan,
tapi jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain
tetapi menyesallah jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu.
Kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman,
jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahan
kerana semua manusia itu baik kalau kamu dapat melihat kebaikannya
dan menyenangkan kalau kamu dapat melihat keunikannya. tetapi semua manusia itu akan
buruk dan membosankan kalau kamu tidak dapat melihat keduanya.
Cara kekalkan kasih suami
Hakikatnya, tugas isteri zaman moden bukanlah mudah kerana kebanyakan mereka bekerja. Di samping tugas di pejabat, wanita juga mempunyai tanggungjawab kepada keluarga iaitu anak dan suami.
Tanggungjawab mungkin boleh diserahkan kepada pembantu rumah jika anda terlalu sibuk tetapi bagaimana dengan suami?
Bukan sedikit cerita suami mengadakan hubungan sulit dengan pembantu rumah gara-gara kelalaian isteri tidak melayan suami dengan baik.
Justeru, bagi mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga, di sini diberi 15 panduan lagi bagaimana isteri boleh memikat hati suami.
* Jika marah, tunggu sehingga sejuk. Bila sudah sejuk, beritahulah suami apa yang
menganggu fikiran secara sopan. Jangan salahkan suami.
* Apabila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya. Jika boleh, hentikan apa sahaja tugas
yang sedang dilakukan.
* Bila memesan barang kepada suami ke kedai, senaraikan di atas kertas. Jangan biarkan
suami ke kedai dua kali.
* Tanya suami bila dia mahu berehat atau tidur.
* Peluk suami dengan kasih sayang sebanyak tujuh kali sehari.
* Telefon suami di tempat kerja jika perkara itu penting. Telefon dengan kerap jika suami
suka.
* Jika suami perlu menjauhkan diri sekali sekala, tanya bila dia akan pulang.
* Jangan ganggu suami jika asyik melakukan sesuatu.
* Apabila suami marah, jangan menjawab. Tunduk dan diam walaupun kita tidak salah.
Terangkan keadaan sebenar apabila suami sudah tenang.
* Apabila meminta bantuan suami, terangkan kepada suami kerja rumah yang memerlukan
bantuannya, pilih kerja yang suami suka dan jangan suka mengarah. Gunakan perkataan
yang sesuai dan lemah lembut.
* Pesan kepada suami supaya menelefon ke rumah jika dia bertugas di luar. Jangan pula
melenting jika dia terlupa berbuat demikian, beritahu dia yang anda cuma risau.
* Sentiasa kemas, anggun dan menggunakan wangian sebelum tidur bersama.
* Sokong pendapat suami walaupun kadangkala pendapatnya berbeza dengan orang lain.
* Bila keluar berkereta, jangan ganggu suami yang memandu. Jangan menunjuk-nunjuk jalan
selagi suami tidak meminta berbuat demikian. Jangan berleter apabila suami tersalah jalan,
bersangka baik apabila tersesat jalan.
* Peluk dan belai suami sekali sekala tanpa impian seksual.

Cetusan Buat Suami Dan Bakal Menjadi Suami
Pernikahan ataupun perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah …….
Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah,
Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman,
Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan,
Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid,
Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok,
berhatilah meluruskannya…
Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh…..
~Author Unknown~

Ahad, 2 November 2008
Harga Rokok Naik Lagi...

Sabtu, 1 November 2008
Gambar Kenangan Di Bumi Kenyalang
Label:
Kursus Di Kuching Sarawak
SAYA BUDAK BARU BELAJAR

Label:
Baru Belajar ba...
Langgan:
Catatan (Atom)